Search

TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 46)

Istanbul ...

  • Share this:

TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 46)

Istanbul

Setelah saya jadi penasihat Syariah di Dow Jones Islamic Market Index sekitar 1998, saya mendapat banyak sangat undangan berbicara di atas pentas seminar kewangan Islam seluruh dunia. Acara tahunan seperti di Istanbul, London & Dubai.

Istanbul kali pertama buat saya. Selalunya kita akan teruja dengan tempat baru. Cuma kita bukanlah orang pertama. Sudah tentu perasaan kita akan lebih teruja kalau kita orang pertama seperti dalam novel / filem Martian. "Wherever I go, I will be the first". Inilah perasaan menjadi orang pertama dalam apa sahaja hal & perkara.

Selalunya seminar diadakan di bulan Oktober di musim luruh. Cuacanya kering & sejuk sekitar 12-15 C. Hotel pula adalah 5 bintang. Penerbangan klas bisnes ditanggung penganjur seminar. Inilah anugerah hebat kepada saya.

Bila sampai sahaja di lapangan terbang Istanbul, saya terus menghirup angin segar. Dalam perjalanan kali pertama memasuki Istanbul melepasi beberapa bangunan Masjid lama & juga Masjid Biru, saya seolah2 ditolak masuk dalam sebuah mesin masa ke zaman lampau.

Istanbul (Konstantinipol) pernah menjadi ibukota kepada empat tamadun dunia yang besar. Tidak ada mana2 lokasi di dunia yang mendapat penghargaan sebegini. Mesti ada sesuatu menarik tentang Istanbul.

Bila check in di hotel, diberikan hotel yang menghadap Bosphorus. Apa nikmat Allah yang sedang diberi? Saya tidur nenyak di malam pertama kerana keletihan. Curtain bilik saya dibiarkan terbuka bagi melihat cahaya jalan & juga selat Bosphorus yang indah.

Di awal pagi, dengan berpakaian sukan, saya keluar ke laman hotel menghirup udara segar Bosphorus. Saya berjalan2 seorang diri. Tak tahu apa yang melintas dalam minda. Banyak sangat lintasan. Teruja. Bersyukur. Gerun. Tekad. Impian baru. Sayu. Saya tidak ada sesuatu yang konkrit. Saya hanya layan perasaan. Saya tidak membunuh mana2 perasaan. Mungkin semuanya relevan.

Bagi sarapan, saya cuba menu sarapan orang Turki. Air jus peach. Roti dengan susu masam & madu. Salad. Buah2an. Sambil bersarapan, saya bersama rakan2 dari pelbagai negara. Kami berseminar di atas meja makan sebelum di atas pentas.
(Gambar hiasan di 2017)

#terbangbersamamdb

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts